Sunday, March 31, 2013

"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah,nescaya Allah akan memperbaiki hubunganya.Barang siapa memerhatikan urusan akhirat,Allah akan memerhatikan urusan dunianya,Barangsiapa menjadi penasihat baginya sendiri,Allah akan menjadi penjaganya"...Ali ibn Abi
Persoalannya :
1)Mcm mne kalau manusia asyk fikir tntng hubunganya dgn manusia sahaja?????
2)Mcm mne kalau manusia asyk mementingkan urusan dunia dari urusan agama????
3)Mcm mne kalau manusia asyk nasihatkn orng lain dn lupa diri sndiri????...
Siapa nk bela kamu pd hari pembalasan??,harta benda ke?,kaum kerabat ke??..
Tepuk dada tnya iman..
kalau tnye hty tnpa agama jwpnya kosong kosong Kosong...ape pn xboleh...

Janji Allah itu pasti dn jgn sedikit pn meragui kekuasannya dn jgn sesekali pn brputus asa..
mantapkn iman didada dan teguhkan pendirian 
Jgn biarkn hati menjadi 6nti jawabnya kosong,kosong kosong....
ape pn xboleh :-)



Wednesday, January 23, 2013

Cinta Rasulullah

kita berckp tntng maulidur rasul..
tp sejauh mana kita cinta rasulullah...
tp sejauh mana kita mengikuti baginda?..
sejauh mana kita menghayati sirah baginda?..
sejauh mana kita syg kepada baginda?..
cuba kita cermin dlm kehidupan kita berapa bnykkn kita mngikuti sunnah rasulullah sebagai kekasih allah?..

Adakah cara kehidupan kita mengikuti sunnah baginda?..
adakah makan dan minum kita mengikuti sunnah baginda?..
adakah cara berhibur kita mengikuti sunnah baginda?..

Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah

“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (An Nisa’: 69)

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

للهم صلي على سيدنا محمد .. آللهم صلي على سيدنا محمد .. آللهم صلي على سيدنا محمد

Peringatan untuk diri sendiri dan teman2 seperjuangan

Friday, December 7, 2012

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

Friday, November 2, 2012

Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ 


Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.


 Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,

keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Biar jodohku itu...Buatkan aku dekat padamuYa Allah Biar jodohku itu...Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku Biar jodohku itu...Buatkan aku lebih mencintaimu Lebih dari segalanya Ya Tuhan...Ya Allah... Amin...

Maafkanlah...


Maafkanlah...
1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)
2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)
5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)
Terlalu sayang,