Friday, December 7, 2012

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

Friday, November 2, 2012

Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ 


Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.


 Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,

keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Biar jodohku itu...Buatkan aku dekat padamuYa Allah Biar jodohku itu...Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku Biar jodohku itu...Buatkan aku lebih mencintaimu Lebih dari segalanya Ya Tuhan...Ya Allah... Amin...

Maafkanlah...


Maafkanlah...
1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)
2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)
5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)
Terlalu sayang,


Kenapa Aku Masih Solo?



Kenapa Aku Masih Solo?

Sebab aku xhensem kea?,sbb aku gemuk kea?,sbb aku xcantik kea?sbb aku xsexy kea??..
dye xpea la,hensem,cantik,sbb tu la dye ade makwe,ade pakwe..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan,rupa paras,harta kekayaan dan mulut manis. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti
jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
firman allah

“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.”(QS. An Nur: 26

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: 
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips:
Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tuesday, October 16, 2012

Hidup ini ibarat sebuah roda dan sentiasa memerlukan motivasi

Hidup ini ibarat sebuah roda.Cuba lihat roda roda tersebut. Berputarkn? Macam hidup nie juga. Berputar. Kadang di atas kadang di bawah. Kadang mengalami kejayaan kadang harus menghadapi kegagalan. Itulah hidup. Hidup selalu bergelombang. Maka kita harus membuat sebuah kapal dalam diri kita agar tidak mudah goyah oleh hempasan gelombang sebesar manapun. Maka dari itu Hidup ini ibarat sebuah roda. Motivasi adalah dorongan semangat untuk tetap menjalankan hidup ini dengan aktif. Motivasi sangat diperlukan dalam keadaan bagaimanapun. Motivasi adalah bahagian dari pada syarat hidup manusia yang akan menjalani hidup sehari hari. Tanpa motivasi maka apalah ertinya hidup ini.

1) Motivasi dalam Ibadah

Ibadah adalah menyembah dan mengabdi pada sang Kholiq. Ibadah adalah tanggungjawab dan tugas manusia yang beriman. Bahkan tidak hanya manusia, Jin pun sebagai makhluk yang kasat mata juga diwajibkan untuk beribadah kepada Allah. Firman Allah "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepadaKu". Maka beribadah perlu motivasi, perlu semangat dalam menjalankannya. Di antara kegiatan ibadah adalah solat lima waktu dalam 1 x 24 jam. Ini termasuk solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh setiap insan yang beriman. Jika meninggalkan maka Allah akan memberikan siksaan kelak di hari kiamat. Solat yang lain ada juga, namanya solat-solat sunat seperti solat tahajud dan solat Dhuha. Motivasi dalam ibadah motvasi iman. Imanlah yang akan mendorong manusia melaksanakannya. "

2) Motivasi dalam Akidah

Motivasi spiritual dalam Islam adalah berdasarkan motivasi aqidah.Motivasi akidah adalah kepercayaan hidup, asas dan dasar dari kehidupan, yang dimaksudkan dengan akidah Islam adalah rukum iman. Iman menurut hadis merupakan pengikraran yang bertolak dari hati, pengucapan dengan lisan dan aplikasi dengan perbuatan. Jadi motivasi akidah boleh ditafsirkan sebagai dorongan dari dalam yang muncul akibat kekuatan tersebut. Sistematik akidah agama Islam terdiri daripada rukun Iman diantaranya, namun dalam motivasi akidah ini yang terlibat hanya unsur iman kepada Allah, iman kepada kitab Allah dan iman kepada Rasulullah. Ketiga-tiga unsur ini terlibat kerana pada waktu bekerja terlibat secaranya sehari-hari. Unsur yang lain tidak terlibat dalam aktiviti bekerja kerana belum menjadi pemahaman iman yang dapat dilibatkan dalam proses pengeluaran mahupun meningkatkan prestasi

3) Memotivasi diri sendiri

Menata emosi sebagai alat untuk mencapai tujuan merupakan hal yang sangat penting dalam kaitan untuk memberi perhatian, untuk memotivasikan diri sendiri (achievement motivation). Kawalan diri emosional · menahan diri terhadap kepuasan dan mengendalikan dorongan hati · adalah landasan kejayaan dalam pelbagai bidang. Kemahiran memotivasi diri membolehkan wujudnya prestasi yang tinggi dalam segala bidang. Orang-orang yang mempunyai kemahiran ini cenderung jauh lebih produktif dan berkesan dalam hal apa pun yang mereka lakukan

4) Motivasi dalam Hidup

Banyak orang stress dalam hidup ini. Apalagi di zaman internet, zaman yang penuh persaingan ketat antara yang satu dengan yang lain, stress pasti akan selalu menghinggapi diri manusia. Malah kerana stress tidak jarang membuat orang putus asa dan mengakhiri hidupnya di dunia. Bunuh diri! Naudzu Billah Min Dzalika, kita berlindung kepada Allah dari penyakit putus asa. Hidup sangat memerlukan motivasi. Gagal itu adalah sebahagian daripada hidup. Jangan kerana kegagalan satu, dua dan tiga kali, lantas membuat kita putus asa. Bahkan putus asa dalam agama adalah dosa. Hanya orang yang tidak beriman saja yang mudah putus asa. Seandainya Thomas Alfa Edison, si penemu lampu elektrik, putus asa dalam menjalankan eksperimen, maka sampai saat ini kita tidak akan menikmati cahaya di malam hari

5) Motivasi Dari Kegagalan

Kegagalan bukan untuk disumpahi, bukan membuat kita menggerutu. Kegagalan harus dijadikan sebat untuk mencapai kejayaan. Berjaya meraih apa yang kita harapkan. Kata kuncinya adalah jangan putus asa, tetap belajar. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Menjadi putus asa kerana gagal, maka bererti sedang gagal berkali-kali. Kegagalan sepatutnya dijadikan motivasi untuk lebih giat mencapai kejayaan. Ingat kejayaan milik dan hak setiap orang. Setiap orang, manusia, punya hak untuk berjaya. Kalau orang itu berjaya, orang ini berjaya, kenapa kita tidak?



#Nahkoda Aiman#

Monday, October 15, 2012

Atasi kegagalan..





Firman Allah...
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Q.S Al-asr ayat 2-3)
Dalam firman Allah yang sangat singkat di atas, banyak sekali makna yang terkandung di dalamnya. Terkait dengan berbagai hal. Dalam hubungan dengan ekonomi mari kita mencuba mengutip beberapa makna yaitu kita diperintahkan untuk menta’ati kebenaran maksudnya kita wajib mematuhi apa yang diperintahkan Allah dimana Allah telah memberikan petunjuk bagi umat manusia untuk keselamatan hidup di dunia dan akhirat. antara lain kita diwajibkan untuk berusaha dan menuntut ilmu. Saling nasihat menasihati yang dapat diartikan bahwa kita diperintahkan untuk berkelompok, bekerjasama untuk saling memberi petunjuk, membuat perencanaan dan melaksanakannya secara bersama dan kita harus bersabar..


Jika anda terus memikirkan kegagalan yang menimpa hidup , anda akan lemah semagat dan hilang keberanian untuk bangun semula dari kegagalan anda. Anda mungkin merasa kecewa sehingga anda tidak dapat mengenal erti dan matlamat kehidupan.  Anda juga tidak mempunyai tenaga positif dan motivasi untuk terus melangkah ke depan
Cara yang terbaik untuk maju ke depan ialah melupakan semua pencapaian dan kegagalan yang lalu. Jadikan hari ini hari yang pertama dalam hidup anda.  Seorang jaguh sukan yang sedang memecut di trak larian, mahupun seorang pelari Marathon tidak akan melihat ke belakang. Mereka lupakan yang lalu dan melihat ke depan untuk menyahut destinasi garis penamat
Bagaimana bila kita menghadapi kegagalan dalam kerja? Berikut ini beberapa hal yang bisa kita jadikan pegangan dalam menghadapi kegagalan di tempat kerja:
  • Berfikir positif.
Ini harus dijadikan prinsip utama dalam menghadapi sebuah kegagalan. Jangan pernah mengambinghitamkan atau menyalahkan orang lain. Fokuskan pikiran untuk mencari solusi, bukan hanya mencari siapa yang salah.
  • Pembelajaran.
Jadikan kegagalan sebagai pelajaran yang berharga. Dengan demikian di masa yang akan datang kita tidak mengalami kegagalan serupa lagi.
  • Bangkit.
Tidak ada gunanya terlalu lama terlena dalam penyesalan. Kita harus bisa segera mengumpulkan semangat dan motivasi bekerja. Dengan berdiam dan menyesali diri, kita tidak akan mendapatkan apa-apa.
  • Ungkapkan pendapat.
Kita mempunyai hak untuk memberikan penjelasan mengenai kegagalan tersebut. Uraikan pendapat kepada atasan atau rekan dengan suara dan nada yang rendah.
  • Jangan emosi.
Saat dinyatakan gagal dalam melakukan sebuah pekerjaan, jangan langsung terbawa emosi. Emosi yang berlebihan justru akan membuat perasaan menjadi sangat tidak tenang dan nyaman.


Saturday, October 13, 2012

Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A​​ bahawa RASULULLAH S.A.W pernah bersabda yang bermaksud

"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikankeaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ".

​Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud): 
" Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya


X Susah pn...6 minit jerk...


Tgk???..xssh pn..6 minit jerk...
enth2 same2 jerk dengan sebatang rokok..
xlamekn?.....
So knpe ade sebab nk TINGALKN SOLAT??????....
KNPE DAN MENGAPA????....



#Nahkoda Aiman#

Jika kITA TAKUT melangkah

"Tuhan tidak menurunkan takdir begitu saja. Tuhan memberikan takdir sesuai dengan apa yang kita lakukan. Jika kita maju dan berusaha, Tuhan akan memberikan takdir kejayaan. Jika kita lengah dan malas, maka Tuhan akan memberikan takdir kegagalan.Kepada orang bodoh sekalipun TUHAN mengirimkan keuntungan, kepada orang gila sekalipun TUHAN memberikan rezeki kehidupan.Jika kITA TAKUT melangkah, lihatlah bagaimana seorang bayi yang cuba untuk berjalan. Niscaya akan kITA mendapati, bahwa setiap manusia pasti akan JATUH. Hanya manusia terbaik lah yang mampu bangkit dari ke jatuhannya"
#Nahkoda Aiman#


assalamualaikum............
fuh lame betol xupdate blog nie,2 pn nasib bek ingt email lg..teruk betol,hahaha....
wlaupn xdea sape2 nk baca skli pn xpea,asal update jerk....

Dalam kepala nie macam2 nk update,tp mcm over plk..hahaha

ape2 jerk la..
(^_^)



Monday, February 6, 2012

Friday, January 27, 2012

halawatul iman

Hadits riwayat Anas ra.,ia berkata :sabda NABI SAW.bersabda:
ada tiga hal yang barang sesiapa mengamalknnya ,maka ia akan menemukn manisnya iman,yaitu 
1)Orang yang lebih mencintai ALLAH dan RASULNYA daripada orng lain.
2)Mencintai orng lain hanya semata2 kerana ALLAH
3)Tidak suka kembaki ke dalam kekufuran setalah ALLAH menyelamatknnya, sebagaimana ia tidak suka dilemparkan kedalam neraka.
Shahih Muslim no.60

salah satu tanda besar kiamat




hadits riwayat Abu Hurairah r.a ,Bahawa rasulullah S.A.W bersabda:hari kiamat tidak akn terjadi sebelum matahari terbit dari barat,apabila matahari telah terbit dari barat maka seluruh manusia akan beriman,Tetapi pada saat itu,tidak bermanfaat lagi iman seseorng untuk dirinya sendiri,pada apa yang belum diimaninya atau pada kebajikan yang belum diusahakannya di masa imannya...shahih muslim no 226