Tuesday, October 16, 2012

Hidup ini ibarat sebuah roda dan sentiasa memerlukan motivasi

Hidup ini ibarat sebuah roda.Cuba lihat roda roda tersebut. Berputarkn? Macam hidup nie juga. Berputar. Kadang di atas kadang di bawah. Kadang mengalami kejayaan kadang harus menghadapi kegagalan. Itulah hidup. Hidup selalu bergelombang. Maka kita harus membuat sebuah kapal dalam diri kita agar tidak mudah goyah oleh hempasan gelombang sebesar manapun. Maka dari itu Hidup ini ibarat sebuah roda. Motivasi adalah dorongan semangat untuk tetap menjalankan hidup ini dengan aktif. Motivasi sangat diperlukan dalam keadaan bagaimanapun. Motivasi adalah bahagian dari pada syarat hidup manusia yang akan menjalani hidup sehari hari. Tanpa motivasi maka apalah ertinya hidup ini.

1) Motivasi dalam Ibadah

Ibadah adalah menyembah dan mengabdi pada sang Kholiq. Ibadah adalah tanggungjawab dan tugas manusia yang beriman. Bahkan tidak hanya manusia, Jin pun sebagai makhluk yang kasat mata juga diwajibkan untuk beribadah kepada Allah. Firman Allah "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepadaKu". Maka beribadah perlu motivasi, perlu semangat dalam menjalankannya. Di antara kegiatan ibadah adalah solat lima waktu dalam 1 x 24 jam. Ini termasuk solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh setiap insan yang beriman. Jika meninggalkan maka Allah akan memberikan siksaan kelak di hari kiamat. Solat yang lain ada juga, namanya solat-solat sunat seperti solat tahajud dan solat Dhuha. Motivasi dalam ibadah motvasi iman. Imanlah yang akan mendorong manusia melaksanakannya. "

2) Motivasi dalam Akidah

Motivasi spiritual dalam Islam adalah berdasarkan motivasi aqidah.Motivasi akidah adalah kepercayaan hidup, asas dan dasar dari kehidupan, yang dimaksudkan dengan akidah Islam adalah rukum iman. Iman menurut hadis merupakan pengikraran yang bertolak dari hati, pengucapan dengan lisan dan aplikasi dengan perbuatan. Jadi motivasi akidah boleh ditafsirkan sebagai dorongan dari dalam yang muncul akibat kekuatan tersebut. Sistematik akidah agama Islam terdiri daripada rukun Iman diantaranya, namun dalam motivasi akidah ini yang terlibat hanya unsur iman kepada Allah, iman kepada kitab Allah dan iman kepada Rasulullah. Ketiga-tiga unsur ini terlibat kerana pada waktu bekerja terlibat secaranya sehari-hari. Unsur yang lain tidak terlibat dalam aktiviti bekerja kerana belum menjadi pemahaman iman yang dapat dilibatkan dalam proses pengeluaran mahupun meningkatkan prestasi

3) Memotivasi diri sendiri

Menata emosi sebagai alat untuk mencapai tujuan merupakan hal yang sangat penting dalam kaitan untuk memberi perhatian, untuk memotivasikan diri sendiri (achievement motivation). Kawalan diri emosional · menahan diri terhadap kepuasan dan mengendalikan dorongan hati · adalah landasan kejayaan dalam pelbagai bidang. Kemahiran memotivasi diri membolehkan wujudnya prestasi yang tinggi dalam segala bidang. Orang-orang yang mempunyai kemahiran ini cenderung jauh lebih produktif dan berkesan dalam hal apa pun yang mereka lakukan

4) Motivasi dalam Hidup

Banyak orang stress dalam hidup ini. Apalagi di zaman internet, zaman yang penuh persaingan ketat antara yang satu dengan yang lain, stress pasti akan selalu menghinggapi diri manusia. Malah kerana stress tidak jarang membuat orang putus asa dan mengakhiri hidupnya di dunia. Bunuh diri! Naudzu Billah Min Dzalika, kita berlindung kepada Allah dari penyakit putus asa. Hidup sangat memerlukan motivasi. Gagal itu adalah sebahagian daripada hidup. Jangan kerana kegagalan satu, dua dan tiga kali, lantas membuat kita putus asa. Bahkan putus asa dalam agama adalah dosa. Hanya orang yang tidak beriman saja yang mudah putus asa. Seandainya Thomas Alfa Edison, si penemu lampu elektrik, putus asa dalam menjalankan eksperimen, maka sampai saat ini kita tidak akan menikmati cahaya di malam hari

5) Motivasi Dari Kegagalan

Kegagalan bukan untuk disumpahi, bukan membuat kita menggerutu. Kegagalan harus dijadikan sebat untuk mencapai kejayaan. Berjaya meraih apa yang kita harapkan. Kata kuncinya adalah jangan putus asa, tetap belajar. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Menjadi putus asa kerana gagal, maka bererti sedang gagal berkali-kali. Kegagalan sepatutnya dijadikan motivasi untuk lebih giat mencapai kejayaan. Ingat kejayaan milik dan hak setiap orang. Setiap orang, manusia, punya hak untuk berjaya. Kalau orang itu berjaya, orang ini berjaya, kenapa kita tidak?



#Nahkoda Aiman#

No comments:

Post a Comment